Tuesday, January 13, 2015

Kek Minyak Gula Perang

Dah lama tak bercerita dalam ni
Memandangkan minggu lepas tak ada delivery so nini pun buat la project dengan marissa
Marissa sangat suka bila nak buat kek atau biskut.
Terima Kasih Azie Kitchen untuk resepi asal.

Memandangkan nini suka sangat mereka benda. So nini buat sedikit olahan untuk resepi kek minyak ni
Kek ni juga sesuai untuk pesakit kencing manis sebab nini tak guna gula putih.

Bahan-bahan:
5 biji telur
1/2 cawan gula Perang
2 cawan tepung gandum 
1 sk baking powder
1/2 cawan susu pekat 
1 sudu besar ovallate
1 cawan minyak jagung
1 sudu kecil esen vanilla
Sedikit perisa yang disukai - tak letak
Sedikit pewarna biru, unggu, coklat dan hijau

Cara-cara
Ayak tepung gandum bersama baking powder. Ketepikan. Lenser loyang kek dengan mentega. Alaskan dengan baking paper.

Pukul telur bersama gula dan ovallate sehingga kembang. Masukkan susu pekat dan esen vanila. Pukul lagi sekejap. Masukkan minyak dan perisa sambil dipukul sekadar untuk adunan bergaul rata.


Akhir sekali masukkan tepung gandum sedikit sedikit. Gaul rata. Selepas itu, bahagikan kepada 4 adunan. 
Tuangkan ke dalam loyang saiz 8" dan corakkan warna ikut kreativiti masing masing.


No comments:

Post a Comment